CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 21, 2012

Set Fire

bagaimana mahu menduga hidup??tidak terjangkau akal akan perjalanan yang bakal dihadapi.bagaimana pelaku kerdil seperti kita ingin mencorak kehidupan yang penuh ranjau dan duri. alhamdulillah..Allah swt masih memanjangkan umur kekandaku, Mohd Hafiz Ab Jamil. Rahmat Allah swt tiada siapa dapat menduga. Semoga kami sekeluarga berada dalam limpah kurnia dan perlindungan yang maha Esa. Permudahkan urusan kami ya Allah.halalkan rezeki yang kami perolehi.berkatilah ibadah kami sehari-harian.tetapkan hati dan iman kami bersama agamamu.

Monday, April 9, 2012

new day

bismillah

hari yang berganti semakin meninggalkan kenangan dan sejarah ke belakang. diam,banyak perkara berlaku samada yang baik, buruk, mengembirakan dan mendukacitakan. anehnya, kita masih disitu melaluinya sambil ketawa, menangis, berduka atau bergembira.


9 April. tarikh yang aku anggap bermakna pada diri aku. aku lahir dari pasangan yang aku anggap antara manusia yang hebat dan bermakna yang aku gelar ABI dan UMI. terima kasih tidak mampu diucapkan kerana tiada nilai pada aku untuk ucapan itu. pengorbanan dan segala didikan yang diberi hanya mampu diterjemahkan melalui hasil didikan dan garapan mereka terhadap kami adik-beradik. hanya doa semoga Allah mendekatkan mereka disisinya mampu aku terapkan sehari-hari agar mereka beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat.amin...


Laugh your heart out. Dance in the rain. Ignore the pain, love and learn, forget and forgive because you only have one life to live.


kawan datang dan pergi.tapi sahabat??masih setia kah mereka disana. being for good and bad for us. for beautiful and ugly...tepuk dada,tanya hati. people like to judging, let them judging,let them playing and let them singing, coz i don't care about a single pieces of them. kepentingan sekarang yang harus didahulukan adalah mencapai apa yang sudah dirancang sejak beberapa bulan. pray for me. terima kasih Ya Allah semoga kau permudahkan urusan hambamu.


~smize~

Sunday, January 15, 2012

love passion

pernah terlintas kekadang apa yang sering manusia lihat pada sesuatu objek.secara fizikal atau transisi lain. isu yang aku baru-baru ni terasa macam harus aku fikirkan adalah, 'apa yang lelaki lihat pada perempuan dan vise versa'

lelaki =cantik,putih lemun, body solid

perempuan =kacak,ada audi


emm..memang luaran la orang pandang dulu. bila difikir balik.abis sape nak kawen dengan si huduh?si gemuk? si miskin? si hitam??? realitinya, tak kira la orang tu cantik ke miskin ke atau GEMUK, kalau dah jodoh,memang kawin jugak.tak kira lah lepas tu bercerai ke atau bersaman dalam mahkamah.


kenapa aku highlight GEMUK. isu ini bukan boleh 'make fun off'. ini isu sensitif. WTH yang kamu boleh ketawakan orang didepan muka pasal perkara ini. it's not a joke bitch!!!seriously, blog aku ni bukan aku nak mencarut bagai. tapi 'manusia'(manusia ke???) yang tak alert dengan sensitivity orang lain ni memang melampau.tak kisah la isu apa pon..even kau rasa kelakar nak mati,sila simpan ketawa buruk dan huduh tu..and u make me sick.tapi disebabkan aku ni masih ada manners and rasa hormat pada orang tua, memang aku tak maki la.n ayat psiko aku sendiri,beauty has their own discription. if u like,u look.if not,shut up!!


huhhh...salah ke apabila kita menjadi seorang yang berturus-terang? rasional setiap perkataan yang dikeluarkan memang kekadang tidak boleh diterima akal. tapi, manusia ni diberi pilihan sama ada sesuatu tu adalah betul atau tidak. jadi, pilihan sama ada mahu terima atau tolak juga ada ditangan sendiri.



maaf diatas kebiadapan ku~aku akan merenungi diri

wassalam

Tuesday, January 3, 2012

parachute

am i need a parachute??..myb.sudah masuk ke tahun 2012.meninggalkan 2011 yang penuh suka duka.

next chapter masih samar.sumpah aku dah tua..waaa..


rasa mahu senaraikan target 2012.next week lah post.maximum 5 je kot.myb..


btw..ini qalisha..cuttes ever

Wednesday, December 21, 2011

the next chapter






tinggal lagi 8 hari mulai tarikh hari ini, kita akan melangkah ke tahunn 2012.tahun yang dilihat oleh pengkaji barat(kononnya) sebagai The End of Day.Betul kah??dakyah yang menyesatkan mungkin pada pendapat aku sendiri.bagaimana hari-hari terakhir kita pada tahun 2011..terbaca satu bidalan atau pujangga.aku sendiri tak tau..masa akan terasa pendek jika kita bahagia.bagaimana kamu??terasa pendek atau panjang.sedar tak sedar je sudah hujung tahun.

kitaran hidup ni memang unik dan ajaib.ada ke orang yang perjalanan hidupnya 'flat' sepanjang masa??wahhh..bosan sangat tu.cuba bertindak radikal.kekadang hidup menentang arus ni,sangat mengujakan.tapi setiap sesuatu tu pasti ada batasan.terpulang pada pembawakan dan penerimaan diri kita sendiri dan orang sekeliling.

matlamat dan hasrat untuk tahun hadapan??memang banyak yang ingin dicapai dan digapai.tapi lebih baik berfikir mengenai masa kini yang sedang dialami.sesuatu yang ghaib tu mengecewakan untuk difikir..kita merancang dan merencana,tapi 'Master of master mind' sebenarnya nun di atas sana lagi berkuasa.bukan berserah,tapi redha.

Friday, October 21, 2011

long distance

fuhhh..gila berhabuk.dah bape bulan ea tak update??emmm..ada la dalam 3 tau 4 bulan.kesian pada diri sendiri.mood blogging sangat lama sudah dilupakan.tertinggal jauh di belakang.


banyak rupanya masa yang kita ada jika tak menghadap internet atau melayan segala jenis teknologi yang ada. tumpuan lebih pada kehidupan. aktiviti seharian yang menginjak ke aktiviti bulanan. sungguh indah dunia, bagai aku yang punya..puii..ayat mau sedapkan diri sendiri.adehhh...asal keje tak mau lekat ni.asal 'plan' aku tak jalan-jalan lagi ni....apa pasal??apa pasal??kenapa??kenapa??

adakah aku lahir sejajar dengan buruj 'shit' atau 'looser'???OMA...aku mula mempersoal. jangan begini. rezeki kau ada.sabar sahaja.moganya.


emm..adakah hidup ditentukan kita atau ditentukan Tuhan???

Thursday, June 30, 2011

by KISAH PARA NABI


Suatu ketika, ketika dalam bahtera Nabi Allah Nuh. Dihimpunkan segala jenis haiwan berpasang-pasangan. Mengeluhlah si tikus akan perasaan kurang senangnya mengenai kedudukannya yang dekat dengan sang harimau dan ditambah pula bahawa makanan dan habitatnya telah rosak dan berubah.


Maka,Allah s.w.t mengirimkan wahyu kepada harimau. Haiwan itu tiba-tiba bersin, lalu keluarlah seekor kucing dari hidungnya. Takutlah tikus itu tadi melihat kucing tersebut lalu bersembunyi.


Sehingga kini, kucing pasti akan memburu tikus dalam kitaran hidupnya.



Betapa besarnya kuasa Allah s.w.t. kucing berada dalam family harimau.


Kekuasaan Allah s.w.t, 'Jadilah', maka jadilah ianya.